Program Karnival Perpaduan Komuniti di PPR Intan Baiduri

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Karnival ini telah berlangsung selama 1 hari pada 7 September 2019 yang lalu. Karnival Perpaduan Komuniti ini telah selamat berlangsung pada 7 September 2019 di perkarangan parking bertingkat Blok B PPR Intan Baiduri. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menarik komuniti hadir ke carnival tersebut antaranya adalah pemeriksan kesihatan percuma oleh KOSPEN Intan Baiduri dengan kerjasama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Pru Kasih dari Bank Simpanan Nasional, pameran oleh pelajar Giat Mara Kepong, kedai jualan, pertandingan gubahan dan lain-lain lagi.

Pusat Internet juga turut terlibat secara tidaklangsung dalam karnival ini. Dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Intan Baiduri, pelbagai aktiviti dilakukan oleh staf pusat internet seoerti edaran risalah MyTV, penerangan tentang kempen-kempen yang dijalankan oleh SKMM, membuat puzzle online dan lai-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali